Tuesday, August 27, 2013

My Shoe Diary - Inventory Checklist Part 1

Its time to clean up my house. memula start dengan kasut dulu. because it is bigger and easier to see.

Waktu dok mengemas-ngemas kasut tu. baru start buat statistik kekerapan aku pakai certain kasut. aku agak gila beli kasut and don't ask me why coz i don't know how to answer that question tapi i am certainly not a shopaholics which my friends always said that i am in denial. errrrr. tak kot. betoi la aku bukan shopaholics. aku cuma very good bargain hunter. kalau benda tu affordable (tak semestinya murah sebab semua orang punya perception about murah is different) by me then aku balasah sajaaaa.

Bila dah start buat statistik itu. baru la tau memang buat berhabuk saja sesetengah kasut itu. ada plak yang memang aku tak pernah pakai and yang pakai sekali sahaja atas sebab-sebab tertentu. now aku rasa cam nak letgo ajer certain kasut-kasut aku. selalu aku letgo kat adik-adik aku ajer for free. tapi sebab dah terlampau banyak aku letgo sampai diorang pon cakap tak payah bagi lagi dah. tak terpakai katanya.

Item 1


Kasut Onitsuka Tiger ni aku beli waktu pi The Hague tahun lepas. saiz 9. Beli dekat satu kedai kasut yang dia letak last pair kat atas satu rak pastu reduction kaw kaw punya. ini pon kawan aku yang perasan pastu panggil aku. demmm. I paid about EUR35~RM150 for it.  it was a reasonable purchase sebab aku memang suka. tapi masalahnya tapaknya itu kecik untuk kaki aku yang gedabak nieh. aku pernah pakai sekali sahaja. after a while kaki daku udah ngak selesa gitu. then aku tak pakai dah. terbiar sahaja di rak itu sebagai perhiasan. huhuhu.

Item 2


Kasut Skechers ni plak aku beli dengan adik aku kat Rinku Town, Osaka in 2011. saiz 9.5. sebab utama sebab memang murah amat. paid only about Y2,000~RM70. dia letak kat depan-depan susun atas kotak ada 2 kaler. aku beli kaler ni then adik aku beli kaler hitam. seriously aku cuma pakai sekali sahaja waktu balik dari Osaka sebab kasut ini gabak and beg aku dah tak celuih. then tak pakai dah. dem abis berhabuk kat atas rak. huhuhu lagi.

Item 3


Kasut Zara ni plak memang aku tak pernah pakai langsung. saiz 9. beli dulu pon sebab giler murah amat and senang masuk beg. paid for about GBP10~RM50. kaler pink kottttt. aku nak pakai camna pon aku tak tau. aku takder ler pandai berfesyen funky kalerina nieh sangat. so memang tersadai ajer la kat atas rak kasut dan aku cuci dari sawang from time to time. aduhai kasut. kesian sama dikau.

Item 4


Ini kasut Nike beli dekat Roermond saiz 10. For one reason only. dia letak kat last pair with extra 50% reduction. kat situ dia tulis EUR20. aku ingat dah lepas reduction dah. rupanya sebelum reduction. jadi tinggal ler EUR10~RM43. walaupun kaler dia ni memang tak bleh blah tapi belasah beli gak sebab jadi giler sekejap. hahahaha. waktu time beli tu tak convert ke RM dah. terus rasa cam beli kasut sepoloh hengget sahaja. tapi memang aku tak pernah pakai. tak tau bila dan di mana boleh dipakai. aduhai kasut sekali lagi kasihan sama dikau. 

Item 5


Cerita ini kasut Timberland lagi sengal. saiz 10. bought it in Paris. in three different colours. same design. two reason. sebab affordable dan senang masuk beg. satu sudah letgo sama aku punya kawan as soon as i came back. then rasa nak letgo ini satu lagi. tak pernah pakai langsung. pastu aritu aku gi JPO tengok the exact kasut rega asal ialah RM359 and reduce to RM259. i just paid for EUR30~RM130 per pair. giler good purchase tapi memang aku tak pernah pakai. adoiiii. dah start buat sawang sudah. 

Item 6


Beli ini kasut Puma sebab suka dia punya design. saiz 10. ini waktu lalu depan kedai Puma kat Roermond tu nampak dia tulis rega besar besar EUR20 per pair. apalagi balasah la masuk terus angkat. tapi sama jugak dengan nasib kasut yang lain. ini tak pernah pakai langsung. the only time aku pakai adalah waktu aku try on the size tu aja dulu. errrrrrr.

Item 7


Ini kasut Puma pon beli kat kedai yang sama. saiz 10. sama rega dengan kasut sebelumnya. ini yang jenis aku tak try terus amik ikut saiz. demmmm. tak pernah pakai. serious tak tipu. try for the size pon tak pernah. tag pon still intact. giler haper. aku suka gak ini kasut tapi tak pernah pakai. tak tau apasal. errrrrmmmm. need to think.

Item 8


Kasut Timberland ni aku tak tau apasal aku tak pernah pakai. saiz 10. it fits well with jeans. itu ajer aku punya kayu pengukur. if the shoe goes well with jeans. it can fit with any others. harga aku tengok kat kedai mak datuk punya mahal. RM600++. bought it for RM250 at JPO. tapi sayangnya aku tak pernah pakai pon. still elok ajer tersarung dalam kotak sampai aku terlupa sebab aku letak dalam bilik yang dah jadi cam stor tu dibawah timbunan kotak kotak yang lain. aduhaiiii again. 

This is just part of it. banyak lagi kasut aku ada rupanya. seriously need to clean up la. just stick to those yang bebetul aku pakai aje. what is the point kalau tersadai ajer tak terpakai. aku nak letgo kat adik adik aku pon semua dah angkat red light kata tak payah. kasut yang sebelum ni aku letgo pon still elok lagi dan jarang-jarang dipakai. so i am starting to clean up my shoe rack so that it would fit someone else's feet appropriately. kalau nak tunggu aku pakai ntah bila la. walaupun aku kalau tengok wayang pon pakai kasut dan setiap kali pon bertukar tukar tapi still ada kasut yang left out. aku kasihan sama itu kasut. semoga ia dapat mencari tuan yang baru. 

p/s : tobat aku tak payah beli kasut dah lepas nieh.

AW

11 comments:

Hasina Terebuzzu said...

EH.. AKMAL BUKAN SHOPAHOLIK.. AKMAL BUKAN GILA KASUT.. AKMAL SEMUA KASUT AKMAL TAK SAMA DESIGN NYER...

aku perasan dr entry ni.. 1 kedai ko masok, mesti kua ngn 3 pasang (at least) ek???

marmalade said...

you have a problem, my friend.

and the first symptom is, to deny that you have a problem.

hahaha.

Wuhuu Mommy said...

Hasina, aku pon gelak terbahak-bahak baca entry dia.

Yelah, good bargainlah kannn beli kasut pink yang mmg ko takkan pakai. Yelah Mal, ko mmg bukan shopaholic. Bukan gila kasut. Kekekekekeke.

Takpe Mal, kami terima ko seadanyaaaaa

papaYA said...

Mana ada shopaholic yang mengaku dia shopaholic :P

Resm A. said...

Ina :
Kannnn...aku bukan semua di atas kannnn...
mana ada aku masuk satu kedai kuar 3 kasut...
1 jer...
hehehe...

Resm A. said...

Ibu Hayati :
I want to letgo my shoes la...huhuhu...banyak sangattttt...

Resm A. said...

Wuhuuu Mommy :
Dah good bargain...amik saja dulu then pikiaq kemudian...laki ko tak teringin nak kasut? aku ada banyak mau letgo nie...ada yang aku nak bagi free pon ada...hehehe...

Resm A. said...

Yaya :
Kalau aku cakap aku shopaholics nanti ko iyakan plak...cesss...that is a trap...hahaha...

dhr said...

Aku tak sabar nak baca part seterusnya.

Tengkubutang said...

banyaknya kasut dia..

done follow sini no. 69
sudilah kiranya follow me back yea..
he2.. salam kenal.. keep in touch yea..=)

http://tengkubutang@gmail.com/

dan my 2nd blog
http://kucenkucenbelog.blogspot.com/

Resm A. said...

tenku butang :
tak banyak lah...ada yang lagi banyak kasut...hahaha...okay...done following...