Wednesday, January 27, 2010

Si Muka Lopak & Si Muka Licin


Al kisah tersebut lah cerita, mengenai seorang lelaki, Si Muka Lopak yang bersahabat sekian lama dengan seorang perempuan, Si Muka Licin...hendak dijadikan cerita...setelah sekian lama bersahabat sejak sekolah rendah hingga ke sekolah menengah dan terpisah sewaktu belajar...mereka bertemu semula di kota metropolitan...

memandangkan jarak mereka agak dekat...mereka menyambung semula ikatan persahabatan yang telah lama terpisah itu...mereka menjadi bff...si muka lopak ini telah mengharungi banyak kegagalan dalam arena perkapelan dan si muka licin ini pula telah menjadi single mingle setelah berkapelan dengan seseorang...si muka lopak berfikir sejenak...dan menyambung pemikiran itu hingga ke benua yang lain...*mengapa perlu cari orang yang lain, apa kata cuba mengajak si muka licin untuk coba melihat sejauh mana kekimiaan di antara mereka untuk menjadi lebih daripada kawan*...

sekembalinya si muka lopak dari benua yang lain itu, si muka lopak menyuarakan hasrat kepada si muka licin...dengan syarat, jika kekimiaan itu tidak wujud untuk lebih daripada menjadi sahabat, mereka akan tiada rasa tidak puas hati di antara satu sama lain...bagi si muka lopak...mereka bukan berkapel...tetapi sekadar mencoba unsur-unsur kimia (jika wujud)...lain pula ceritanya dengan si muka licin...habis di hebahkannya di muka buku untuk semua orang mengikuti perkembangan cereka swasta mereka itu...

nak dijadikan cerita, si muka licin ini juga mengenali seisi keluarga si muka lopak ini kerana mereka dulu bersekolah di sekolah yang sama di suatu tempat yang diberi nama sempena nama sejenis pokok...atau buah...entah...lupa pulak...oleh itu, keluarga si muka lopak menyukai si muka licin ini...

namun begitu si muka lopak seakan menyesali keterlanjuran niat itu, kerana si muka licin telah menjadi seseorang yang berlainan dengan apa yang dikenali oleh si muka lopak...pengharapan tinggi si muka licin menjadikan si muka lopak berasa bersalah dan cuba untuk meleraikan apa yang telah diniatkan sebelum ini...untuk mencoba kekimiaan di antara mereka...

oleh itu, setelah menguatkan hati dan diri untuk menyuarakan isi hati yang terpendam itu, si muka lopak telah memberitahu secara berdepan si muka licin mengenai tiadanya unsur-unsur ikatan kimia yang kuat antara mereka...and memutuskan untuk terus bersahabat...si muka licin nampak seakan akur menerimanya dengan tenang...and si muka lopak berasa sungguh lega kerana si muka lopak masih menyayangi ikatan persahabatan mereka itu dan mereka boleh bersahabat semula seperti biasa....tapi ternyata harapan si muka lopak adalah sia sia....

malam itu, sekembalinya si muka lopak ke rumah, si muka lopak dihujani pesanan ringkas daripada teman serumah si muka licin yang menghentam si muka lopak...bukan itu sahaja, si muka licin telah menghebahkannya di muka buka dan komen komen ganazsss daripada teman-teman si muka licin menghancurkan harapan si muka lopak untuk terus bersahabat semula seperti sedia kala dengan si muka licin...

si muka lopak tidak mahu cepat melatah dengan keadaan itu dan memikirkan mungkin si muka licin hanya kecewa dan akan kembali menjadi sahabat yang pernah si muka lopak kenali sebelum ini...namun, setelah sepurnama si muka lopak mengharapkan keadaan kembali tenang untuk menyambung kembali persahabatan mereka, hati si muka lopak terguris kembali dengan komen-komen ganazss teman-teman mukabuku si muka licin apabila si muka licin memaklumkan bonus yang telah diterimanya bagi tahun sebelumnya...teman-teman muka buku si muka licin mengomen supaya si muka licin berhati-hati dengan si muka lopak kerna mungkin si muka lopak akan kembali menghubungi si muka licin kerana si muka licin menerima bonus yang lumayan...dan si muka licin langsung tidak mendefend si muka lopak...

oleh itu, si muka lopak telah mengambil keputusan untuk memutuskan terus persahabatan mereka...ini kerana si muka lopak tidak rela dikategorikan sebagai seorang jantan kabaret yang pisau cukur....niat baik si muka lopak dipendam sahaja dan tidak mungkin si muka lopak akan menyambung kembali ikatan persahabatan dengan si muka licin kerana tidak mahu disalah faham lagi...

dengan itu, tamatlah riwayat persahabatan yang penuh telenovela si muka lopak dan si muka licin...

sekian

p.s : cerita ini hanyalah cereka telenovela semasa semata-mata, jika ada berkaitan dengan orang setempat, mohon ampunnnnnn...

ajie
9:33 p.m
27 Januari 2010
Putrajaya

13 comments:

nihadriz said...

hmm...aku pun ada tengok dia tak defend ko. kali ni, aku speechless...

Resm A. said...

ha...baca fine prints itu...cerita ini hanyalah telenovela semasa semata-mata...kalau ada kaitan hanyalah suatu kebetulan...ahahahah

Jaja Yunizah said...

mmm...mcm tu rupenye cite dia. isk..iskk...ada2 je

SurayaHarris said...

kenapa muka kau berlopak?pergi cuci la

Resm A. said...

jaja : fiksyen sahaja
mama suraya : muka aku berlopakkah?aiya

marmalade said...

si muka lopak akhirnya menceritakan situasi tersebut dengan panjang lebar sambil menghirup kopi pada si bertahi lalat =) hahahaha.

Resm A. said...

si muka lopak kemudian bertemu si bimbo di parking lot dan skali lagi menceritakannya kepada si bertahi lalat melalui sms penuh perasaan...hahaha

RARA said...

jangan risau, bonus dia tak cukup lumayan utk dikikis :)

Resm A. said...

tapi bonus anda cukup lumayan kan kan kan? jom gi tengok adnan semput...ooopppsss...silap...adnan sempit...hahahah...

RARA said...

haha! jum tgk paranormal activity ;))

Resm A. said...

jommmmmmmm....
bila?
aku wiken ni akan tinggal di hotel midah kat kl...

RARA said...

weekend ni pon aku tak bole, family datang plak, aku sebenarnya takot, ko tak takot ka wei!

Resm A. said...

aku udah ada hosmet...itu yang tak takut sangat dah...dulu takut giler sebab hosmet aku gi kursus nam bulan and aku dok sesorang...jom paranormal activity...here we come...